Want your
own Fotopage?






 
Kisah Familyku...
Daisypath
By: ibu n family

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Jan-2010 10:02 Email | Share | Bookmark
TEKNIK YANG BETUL KETIKA HENDAK BERSALIN

Kali ni ibu nak bagi panduan bagaimana cara meneran yang betul bila tiba saat2 yang dinantikan….panduan ni ibu dapat disaat2 akhir masa nak lahirkan anak sulung iaitu afaf. Alkisahnya afaf ni dilahirkan songsang…montotnya dulu yang keluar. hu3… memandangkan baby songsang so…ramai la doktor bersiap sedia….dan macam2 peralatan disediakan termasuk la bilik pembedahan…sampaikan ayah nak join sekali pun tak boleh. Doctor cakap “ awak ade komplikasi suami tak dibenarkan masuk”. aduhai bertambah degup jantung ni…terpaksa la ayah berdoa dari luar aje kan….
Disebabkan baby kecik doctor cakap boley bersalin normal….alhamdulilah…
Bila tiba saatnyer…..mata dah pejam ni…terasa gelap dunia…jantung berdegup kencang….ade la ibu dengar suara salah sorang doktor cakap…


1. angkat kepala dagu cecah dada.
2. mata pandang perut
3. tangan pegang keting (bahagian kaki yang ade buku lali tue) masa tu ibu teraba-raba gak mana la keting ni.gheee…dah la tengah sakit…sib baik la doctor bgtau…hu3…
4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis…kerana ini akan membuatkan kita kurang tenaga dan tak kuat…..
5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung….kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang bsr…..
6. baca bismilah atau ape ajer yang terlintas tu teran kuat2…..
7. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita terlupa dek menahan sakit….bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan….


Alhamdulilah….dengan gunakan teknik tu sekali teran aje ibu selamat melahirkan seorang baby gurl yang cummellll….dengan berat 2.25kg….uih….keciknyer anakku…..so cute….
Doktor2, bidan n nurse yang terlibat masa tu pun agak terkejut sebab dah la anak sulung, songsang lak tu dengan sekali push aje selamat….alhamdulilah kuasa Allah…. Jadi…ibu ‘terglamer’ la sekejap masa tu…bila nurse ke doctor ker datang kat wad dorang cakap “ow…awak la yang mudah bersalin tu”, “ awak la yang pandai teran tu” he3…. Tapi ibu sebenarnya tak tahu pun rupanya macam tu di kira mudah bersalin. Menanggung sakitnya tuhan saje yang tahu…macamana la kalu orang yang susah bersalin tu…. Semuanya kuasa Allah S.W.T…ibu pun berdoa dan baca ape2 yang patut…terima kasih pada semua yang mendoakan ibu dan pada adik ayah iaitu ustaz baha’ yang mengejutkan anak2 muridnya ditengah malam untuk sembahyang hajat…almaklumlah…cucu sulong….he3..
So…untuk kelahiran kedua dan ketiga pun ibu gunakan teknik ni… alhamdulilah…. segalanya mudah dan lancar….
Nurse: kalu macam ni beranak sepuluh orang lagi pun tak pe….
Ibu: uih…nurse, tak tertanggung menahan sakit tu…
Nurse: tapi bila dah tengok anak tu dah lupa rasa sakit tadi kan…..
Ibu : Alhamdulilah…( diam tanda setuju )

Ibu ade gak la bagi tips ni kat kenalan2 ibu yang bakal menjadi ibu….dan dorang cakap doktor atau nurse ada cakap “ pandai awak teran..”
Semoga dengan panduan ni dapat la memudahkan proses bersalin pada bakal2 ibu atau ibu2 sekalian….terutama pada adik ipar ibu (mak su wafa’) yang tengah menunggu hari…n3 ni pun memang dibuat khas untuk beliau. Pada mak su wafa’ semoga selamat dan lancar semuanya…kami doakan yang terbaik. Tak sabar ni tunggu ahli baru keluarga ‘ustaz Mokhtar Yaacob’.heee…mesti montel macam ibu dia….n cumellll macam anak2ku….kui3…..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net